Perkembangan antarabangsa Wendy's

Selain daripada Amerika Syarikat, Wendy's juga membuka restoran-restoran di Malaysia, Aruba, Kanada, Kepulauan Cayman, El Salvador, Greece, Guatemala, Honduras, Hungary, Indonesia, Jamaika, Jepun, Mexico, New Zealand, Panama, Filipina, Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu dan Venezuela.

Lokasi-lokasi Wendy's

Rangkaian hamburger Wendy's tidak lama berpanjangan di Australia. Sembilan buah restorannya di Victoria diambil alih oleh Hungry Jack's pada tahun 1986. Sila lihat: Kisah Hungry Jack's yang menerangkan, secara umum, pemerolehan Wendy's. Kini, restoran-restoran Australia yang mempunyai nama Wendy's ialah restoran sebuah francais ais krim yang langsung tiada kaitan dengan rangkaian hamburger Amerika Syarikat itu. Sila lihat: Wendy's (Australia).

Restoran-restoran Wendy's di Greece ditutup pada awal 2000-an, selepas lebih kurang lima tahun beroperasi, disebabkan oleh pesaingan yang amat hebat daripada restoran-restoran seperti Goody's dan McDonald's. Restoran-restoran Wendy's di United Kingdom dijual kepada McDonald's pada tahun 1999. Kesemua 18 buah restoran Wendy's di Argentina ditutup pada November 2000 disebabkan prestasi yang buruk, selepas dalam pasaran tempatan selama empat tahun.